Pada asasnya, matematik merupakan satu
cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap
kejadian-kejadian alam sekeling dan cakerawala. Sehubungan ini, matematik
menjadi suatu sistem logik yang menentukan rumusan-rumusan terdiri daripada
bahasa matematik yang tersendiri seperti simbol-simbol, hukum-hukum dan
operasi-operasinya.
Dari segi kehidupan, matematik menjadi satu alat yang berguna dalam
kehidupan harian. Sebenarnya, matematik adalah dilahirkan daripada kehendak dan
keperluan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian. Matematik juga boleh
dibahagikan kepada tujuh perkara iaitu nombor bulat, wang, geometri, ukuran,
masa, pecahan,serta peratusan dan nisbah.Tujuh perkara ini memang membantu
setiap manusia menyelesaikan masalah kehidupan seharian mereka.
Matematik ialah satu mata pelajaran
teras di peringkat sekolah rendah dan mencakupi banyak aspek. Mata pelajaran
ini bertujuan untuk melahirkan individu yang berketerampilan serta
mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan harian secara berkesan
dan bertanggungjawab semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Kandungan sukatan pelajaran Matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah dan
menengah ini merangkumi pengetahuan dan kemahiran daripada tiga bidang yang
saling berkait iaitu Nombor, Bentuk dan Ruang, dan Perkaitan.
Matematik merupakan jentera atau
penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi.
Dengan itu, penguasaan ilmu matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke
semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan
keperluan membentuk sebuah negara maju. Kefahaman dalam geometri dapat
membekalkan pengalaman yang dapat membantu pelajar membina kefahaman terhadap
bentuk, ruang, garisan serta fungsi setiap bentuk, ruang dan garisan tersebut.
Ia membolehkan pelajar menyelesaikan masalah dan mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian mereka.
No comments:
Post a Comment