Sunday, September 22, 2013

Geometri



Geometri adalah  ilmu yang sangat cantik, sempurna, dan masih banyak rahsia ciptaan tuhan yang masih belum dirungka. Apakah itu Geometri? Geometri merupakan cabang matematik yang mengkaji hubungan, sifat dan sukatan titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal. Bentuk-bentuk geometri diklasifikasikan kepada bentuk geometri dua matra dan bentuk geometri tiga matra.Bentuk geometri dua matra adalah bentuk-bentuk seperti segitiga, segiempat, poligon dan bulatan. Biasanya bentuk ini mempunyai dua dimensi iaitu panjang dan lebar.

Bentuk-bentuk geometri tiga matra adalah bongkah-bongkah seperti prisma, kon, kuboid, kubus, silinder, sfera dan piramid.Bentuk ini mempunyai tiga dimensi iaitu panjang, lebar dan tinggi.



Terutamnya, Geometri membolehkan murid mengukur ruang secara fizikal dengan tepat. Setiap Geometri mempunyai  formul ukuran tersenderi. Melalui membaca geometri murid telah didedahkan dengan ilmu formula bentuk. Perkara ini membantu mereka untuk membuat bahan-bahan kitar semula yang kreatif.
Geometri telah memudahkan murid dalam pelbagai bidang kejuruteraan, pereka cipta, pembinaan bangunan. Murid yang menyukai subjek ini akan menghadapi kehidupan yang sangat cemerlang pada masa depan. Mungkin mereka akan menjadi orang yang terkenal di seluruh negara atau globlasisasi juga tanpa membazirkan masa dengan gejala social.
Geometri dapat diaplikasikan dalam komputer grafik, iaitu bagaimana sesuatu imej dapat ditransformasikan melalui perspektif. Dengan itu, penguasaan ilmu matematik perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju. Kefahaman dalam geometri dapat membekalkan pengalaman yang dapat membantu pelajar membina kefahaman terhadap bentuk, ruang, garisan serta fungsi setiap bentuk, ruang dan garisan tersebut.

Geometri dapat diaplikasikan dalam komputer grafik, iaitu bagaimana  sesuatu imej dapat ditransformasikan melalui perspektif. Salah satunya adalah  penghasilan lakaran robot. Geometri membantu murid untuk bagaimana menghasilkan bentuk tangan robot dan pergerakannya.

Bukan stekat itu sahaja, Geometri juga membantu murid dalam bidang perubatan. Misalnya, komputer menghasilkan gambar dan ukuran tumor daripada CAT scan adalah sebahagian daripada penciptaan geometri.








Read More

Pecahan

Pecahan bermaksud  nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan benda.Mengikut sejarah, "pecahan" merujuk kepada sebarang nombor yang tidak mewakili keseluruhan.
Pecahan adalah perkara ketara kita menggunakan dalam kehidupan seharian kita. Murid perlu mengetahui pecahan untuk membeli belah di pasar raya. Selalunya kita akan  mendapat potongan harga di pasar raya. Jikalau murid  tidak dapat mengira potongon harga ini mungkin  akan terpedaya dengan penipuan peniaga. Murid perlu tahu berapakah jimatan budget mereka jika ada potongan harga.

Pecahan juga membantu murid melihat jam dengan tepat dan betul. Contonhya jikalau murid melihat jam yang menunjukkan pukul 12.30tengah hari , mereka akan  menyebut sebagai ''Dua belas setengah tengah hari..'' Ini akan mempermudahkan kefahaman orang lain juga.
Selain itu, Pecahan mendorong murid untuk memasak dengan mudah. Apabila kita  melihat resepi untuk memasak , terdapat pecahan untuk kuantiti barang yang kita perlukan. Murid yang meminati bidang masak perlu mengetahui potongan saiz bahan seperti kek juga.






Read More

Ukuran


Takrif, persetujuan dan kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha manusia sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini.Masyarakat zaman dahulu banyak menggunakan bahagian anggota badan atau benda-benda yang ada disekeliling untuk dijadikan alat pengukur. Banyak sumber yang diperolehi pada masa kini tentang asas-asas ukuran.



         Bukti tentang adanya aktiviti matematik pada masyarakat zaman dahulu ternyata ada kerana terdapat lukisan gambar-gambar di dinding .Masyarakat zaman itu memang sudah menyedari kepentingan ukuran panjang di dalam kehidupan seharian.Sebelum 6000 B.C semua orang mempunyai tersendiri untuk mengukur.Ukuran piawai pada waktu itu belum lagi wujud. Pada masa kini pula murid perlu mengetahui ukuran panjang untuk membalut buku, menggariskan buku latihan ataupun mengukur ketinggian badan mereka. Mereka juga perlu mengetahui pengukuran panjang dan lebar semasa membeli baju dari ‘e-shopping’.

Pada zaman dahulu ,system timbangan berat menggunakan anggota badan seperti jengkal,hasta dan sebagainya.Kajian-kajian dalam bidang sains telah wujud satu ukuran piawai yang digunakan selaras.Maka Sistem Metrik yang menggunakan asas 10 atau sistem decimal terbentukdan digunakan.  Masyarakat zaman dahulu menggunakan sukatan kati,tahil,cupak dan gantang.Selepas itu tercipta untuk menimbang berat  seperti penimbang dan penimbang elektronik.Murid pemulihan perlu mengetahui pengukuran timbang berat supaya menjaga kesihatan mereka. Pengukuran membantu murid untuk menjaga kesimbangan makanan mereka.

       Bagi unit isipadu cecair,masyarakat zaman tradisional adalah mengikut nama-nama bekas standard.Antaranya mereka menggunakan tong,hongsheads atau bekas lain unit wain yang berebeza . Pada masa kini, murid perlu mengetahui ukuran isi padu untuk pengambilan ukuran minuman air sehari dalam kehidupan. Seterusnya, mereka juga perlu ukuran dalam mencipta bahan kimia dalam bidang sains.

Akhir sekali, Pengukuran juga membantu murid menjadi pemandu yang cekap da bagus pada masa hadapan. Murid akan mengetahui jarak sesuatu tempat dari sekitar perumahan mereka dalam bentuk kilometer. Mereka perlu mengetahuinya melalui meter yang terdapat dalam kereta mereka. Ini juga membantu mereka pergi ke sesuatu tempat pada masa yang dijangka. Bukan setakat itu sahaja, murid boleh menjimat cermat bil air di rumah mereka melalui membaca meter di depan rumah.




Read More

Masa





Pepatah Arab ada menyatakan bahawa masa itu ibarat mata pedang jika kita tidak memotongnya dia akan memotong kita. Bayangkanah betapa pentingnya masa. Masa yang diberi dalam sehari ialah 24 jam tidak lebih dan tidak kurang terpulang kepada individu untuk menggunakannya dengan bijak. Pengurusan masa seharian amat penting dalam kehidupan kita. Masa untuk makan, berehat, beriadah, sembayangdan lain-lain haruslah disusun secara teratur agar masa dapat diuruskan dengan bijak dan efektif. Dalam kehiupan sehari-hari kita sebenarnya tidak boleh lari dengan jadual masa yang kita telah tetapkan sehari-hari.Tanpa sedar sebenarnya setiap hari kita menggunakan matematik dalam kehidupan kita.

“ Demi masa sesungguhnya manusia kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelu miskin. Lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.”
Petikan lagu Demi Masa nyanyian kumpulan Raihan tersebut menunjukkan bahawa kita hendaklah menguruskan masa dengan sebaik-baiknya agar kita tidak terlewat dan menyesal di kemudian hari. Dari segi ini, matematik mejadi asset asas untuk pengurusan masa dalam kehidupan seharian manusia. Sebagai contoh murid menangguhkan kerja semasa berada dalam keadaan lapang dengan percaya bahawa esok masih ada tiba-tiba kita diberi tambahan kerja yang tidak dijangka. Sudah pasti murid akan berasa terbeban ditambah pula denga kerja tersebut perlu dihantar pada hari yang sama. Masa memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan murid dari segi JERIS terutamanya iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Masa itu emas. Jika dibandingkan dengan jambatan emas Puteri Gunung Ledang sekalipun masa yang berlalu tetap tidak akan dapat diputarkan lagi. Masa bukan ibarat roda yang boleh diputarkan kehadapan dan kebelakang. Pengurusan masa yang efektif dapat mempengaruhi intelektual individu murid masing-masing.Sebagai contoh menjalankan pengurusan masa untuk membaca buku , mengulangkaji pelajaran, membuat kerja rumah dan pergi ke sekolah adalah sebahagian daripada aktiviti intelektual. Pengurusan masa yang berkesan dapat melahirkan individu yang cemerlang bukan sahaja didunia malahan diakhirat juga. Jika masa tidak diuruskan dengan bijak kita tidak akan dapat meningkatkan prestasi diri dalam bidang akademi. Diri tidak akan dapat dimajukan masyarakat akan menjadi dungu manakala negara pula akan menjadi porak-peranda tiada kesepakatan kerana dijajah oleh kuasa luar. Pengurusan masa boleh dikaitkan dengan teori pelaziman klasik yang direka oleh Ivon Pavlov.
Masa juga boleh dikaitkan dengan asperk jasmani. Dalam aspek jasmani pula masa dapat dikaitkan dengan masa untuk makan, bersukan dan sebagainya. Ianya amat penting kerana jasmani berkait rapat dengan tubuh badan murid. Kesihatan tubuh badan amat penting bagi setip individu. Badan yang sihat akan menghasilkan otak yang cerdas. Melalui senaman misalnya kita akan dapat meningkatkan tahap kecergasan badan dan menjadikan jantung kita lebih sihat. Selain itu,masalah obesity iaitu berat badan berlebihan dapat ditangani dengan melakukan senaman. Makan secara sihat juga perlu diamalkan. Oleh sebab itulah adanya hadis yang menyatakan bahawa makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Sudah jelas didalam hadis ada menyatakan bahawa kita perlu mengawal pemakanan kita agar kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Selain itu, umat Islam juga perlu berpuasa pada bulan Ramadhan. Hal ini kerana kita peru merehatkan perut daripada makan terus menerus. Tidur yang banyak juga boleh menjejaskan aspek jasmanai. Kita tidak menjadi cergas dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak bersedia. Oleh itu, pengurusan masa juga amat penting dalam aspek pengurusan jasmani.


Pengurusan masa dalam kehidupan sosial juga amat penting.Sebagai contoh sekiranya pada masa depan murid menjadi sebagai ahli perniagaan tidak menepati masa yang telah ditetapkan dengan pelanggan kemungkinan mereka akan kehilangan projek yang bernilai jutaan ringgit. Bayangkan masa boleh menyebabkan seseorang itu rugi. Kehidupan sosial murid haruslah dititik beratkan terutamanya ketika berhadapan masyarakat. Apa salahnya jika murid pemulihan  meluangkan sedikit masa untuk berbual-bual dengan jiran tetangga dan mengambil tahu apa yang perlu. Hal ini kerana jika kita mempunyai sikap prihatin terhadap jiran tetangga dan rakan-rakan apabila kita berada didalam kesusahan ada yang akan membantu barulah amalan tolong menolong bagai aur dengan tebing dapat dijadikan tabiat masyarakat Malaysia. Tidaklah kita menjadi seperti kera sumbang tidak bergaul dengan orang lain serta mementingkan diri sendiri. Mana tahu suatu hari nanti apabila ketika kita memerlukan bantuan tiada siapa yang sudi menghulurkan kesan daripada sikap kita yang mementingkan diri.
Emosi yang sihat dapat menjadikan seseorang itu produktif.Pengurusan masa yang teratur dapat menjadikan seseorang murid  tidak tededah kepada tekanan. Jika seseorang itu menghadapi tekanan dia tidak akan dapat melakukan kerja dengan baik dan hasilnya kurang memberangsangkan. Sebagai contoh seorang pelajar tidak mahu pergi ke kolej dan berasa tertekan kerana dia tidak menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarahnya. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tersebut kurang bijak dalam hal menguruskan masa. Kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikankerna sesetengah individu suka membuat kerja bertangguh. Ada peribahasa yang menyatakan kerja bertangguh tidak akan menjadi. Tidak pergi ke kelas sehari bukan sahaja menyebabkan seseorang pelajar tertinggal apa yang dipelajari walaupun nota boleh disalin tetapi percakapan pensyarah didalam kelas tidak dapat diputarkan kembali. Hal ini kerana fakta-fakta penting selalunya keluar daripada mulut pensyrah ketika di dalam kelas.
Intihanya,Matematik dari segi subjek masa amat dihargai dalam kehdupan setiap insan di dunai ini. Kita hendaklah bijak membahagikan masa dan menggunakannya dengan sebaiknya. Hal ini kerana masa yang telah berlalu tidak dapat dikembalikan semula walaupun kita bergolok bergadai sekalipun. Setiap individu hendaklah tahu bahawa mereka mempunyai jadual masa tanpa mereka sedari. Masa boleh merubah seseorang individu menjadi lebih baik mahupun sebaliknya. Hargailah masa yang ada dan gunakanlah dengan sebaiknya agar kita tidak menyesal kelak.












 




 
















Read More