Geometri
Geometri
adalah ilmu yang sangat cantik,
sempurna, dan masih banyak rahsia ciptaan tuhan yang masih belum dirungka.
Apakah itu Geometri? Geometri merupakan cabang matematik yang mengkaji
hubungan, sifat dan sukatan titik, garis, sudut, permukaan dan pepejal. Bentuk-bentuk
geometri diklasifikasikan kepada bentuk geometri dua matra dan bentuk geometri
tiga matra.Bentuk geometri dua matra adalah bentuk-bentuk seperti segitiga,
segiempat, poligon dan bulatan. Biasanya bentuk ini mempunyai dua dimensi iaitu
panjang dan lebar.
Bentuk-bentuk
geometri tiga matra adalah bongkah-bongkah seperti prisma, kon, kuboid, kubus,
silinder, sfera dan piramid.Bentuk ini mempunyai tiga dimensi iaitu panjang,
lebar dan tinggi.
Terutamnya,
Geometri membolehkan murid mengukur ruang secara fizikal dengan tepat. Setiap
Geometri mempunyai formul ukuran
tersenderi. Melalui membaca geometri murid telah didedahkan dengan ilmu formula
bentuk. Perkara ini membantu mereka untuk membuat bahan-bahan kitar semula yang
kreatif.
Geometri
telah memudahkan murid dalam pelbagai bidang kejuruteraan, pereka cipta,
pembinaan bangunan. Murid yang menyukai subjek ini akan menghadapi kehidupan
yang sangat cemerlang pada masa depan. Mungkin mereka akan menjadi orang yang
terkenal di seluruh negara atau globlasisasi juga tanpa membazirkan masa dengan
gejala social.
Geometri
dapat diaplikasikan dalam komputer grafik, iaitu bagaimana sesuatu imej dapat
ditransformasikan melalui perspektif. Dengan itu, penguasaan ilmu matematik
perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menyediakan tenaga kerja yang
sesuai dengan perkembangan dan keperluan membentuk sebuah negara maju.
Kefahaman dalam geometri dapat membekalkan pengalaman yang dapat membantu
pelajar membina kefahaman terhadap bentuk, ruang, garisan serta fungsi setiap
bentuk, ruang dan garisan tersebut.
Geometri
dapat diaplikasikan dalam komputer grafik, iaitu bagaimana sesuatu imej dapat ditransformasikan melalui
perspektif. Salah satunya adalah penghasilan lakaran robot. Geometri membantu
murid untuk bagaimana menghasilkan bentuk tangan robot dan pergerakannya.
Bukan
stekat itu sahaja, Geometri juga membantu murid dalam bidang perubatan.
Misalnya, komputer menghasilkan gambar dan ukuran tumor daripada CAT scan
adalah sebahagian daripada penciptaan geometri.