Wang
Kebanyakkan orang kini mempunyai kontrevasi
bahawa wang adalah bahan yang akan menjadikan seorang yang baik kepada
penjahat. Pada pendapat saya segalah keinginan yang mempunyai tahap
kesedarhanaan tidak akan menjadi bahaya
dalam kehidupan kita seperti peribahasa
“api bila kecil menjadi kawan tetapi bila besar menjadi lawan”. Wang bukan segalanya dalam kehidupan kita
namun segalanya dalam kehidupan kita memerlukan wang. Wang adalah aset yang
terutama dalam perniagaan. Pada zaman kini manusia tidak boleh beli apa-apa jua
benda pun selain daripada wang. Murid pemulihan harus mengetahui nilai wang
supaya tidak terpedaya jikalau peniaga menipu mereka.Murid akan mengatahui
budget membeli belah mereka dengan menguruskan wang dengan terperinci.
Memang
tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam kehidupan
manusia. Matematik membantu murid pemulihan untuk menabung duit merek. Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu
bapa sejak kecil. Terdapat banyak cara untuk memupuk amalan menabung dalam
kalangan muri-murid. Kebanyakkan Ibu bapa kini membuka akaun di bank atas nama
anak-anak untuk menggalakkan mereka menabung. Di samping itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia melancarkan program
menggalakkan pelajar menabung sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. Antaranya, Program Wang Simpanan Saku yang telah dilaksankan di
peringkat sekolah. Kelab Kewangan Sekolah akan mengurus wang simpanan saku
tersebut. Oleh itu, bukan sahaja amalan menabung boleh dikatakan membawa faedah
yang banyak kepada murid tetapi wang juga akan menjadi asset utama dalam
kehidupan mereka.
Secara tidak langsug amalan menabung akan menyemai tabiat berjimat
cermat, terutamanya dalam kalangan murid. Dengan adanya amalan ini, mereka
tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan
sebagainya. kita akan menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak
terlebih guna wang yana ada pada kita. Misalnya, seseorang yang berjimat cermat
sudah tentu menggunakan separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak
dibelanjakan untuk ditabung sama ada di
dalam bekas tabung atau disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh
dividen hasil daripada simpanan, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Jadi, amalan menabung berupaya memupuk kita lebih berjimat cermat untuk
bila-bila masa.Melalui perkara ini mengutamakan matematik dalam kehidupan
seharian kita.
Wang
juga membantu murid untuk mengetahui ekonomi negara kita. Ekonomi adalah
tentang hal-hal yang berkaitan dengan sumber pendapatan, wang, harta, pelaburan
dan perbelanjaan kepada individu atau dalam institusi kekeluargaan. Murid kini
mesti mengetahui perkara-perkara ini supaya mereka memahami kenaikkan harga di
Malaysia ini. Misalnya, mereka perlu mengetahui kenaikkan harga makanan di
kantin atau koperasi pada setiap masa. Ini akan membantu mereka tidak terpinga
semasa kecemasan seperti membeli ubat untuk ibu bapa. Perkara ini juga membantu
kanak-kanak untuk menjimat cermat dalam perbelanjaan serta tidak menyusahkan
ibu bapa mereka.
Pengetahuan
tentang wang membantu murid mengetahui tentang ekonomi rumah tangga. Murid
boleh membantu ibu bapa mereka membayar bil elektrik, air dan astro. Mereka
boleh membayar pos sebelahan di persekitaran rumah mereka tanpa bantuan ibu
bapa. Murid akan mengetahui amalan jimat cermat elektrik dan air secara tidak
langsung. Secara tidak langsung, akitiviti ini membantu mereka berkomunikasi di
kalangan masyarakat dengan yakin dan berani.
Pendidikan matematik membantu murid mengenali
nilai penukaran wang secara globlasisasi. Kebanyakkan murid kini mempunyai hobi
yang menarik pada masa kini. Salah satu daripada hobi tersebut adalah mengumpul wang jenis berlainan. Bukan setakat
itu sahaja, pengetahuan nilai wang membantu mereka belanja di negara jiran
seperti Singapura, Indoniasia dan Thailand semasa pelancongan. Kadangkala,
mereka juga boleh membantu ibu bapa mereka untuk meperbezakan nilai wang tanpa
bantuan teknologi seperti internet, telefon bimbit dan lain-lain.
0 comments: