Ukuran
Takrif, persetujuan dan
kegunaan unit ukuran telah memainkan peranan yang utama dalam usaha manusia
sejak dari awal-awal lagi sehingga hari ini.Masyarakat zaman dahulu banyak
menggunakan bahagian anggota badan atau benda-benda yang ada disekeliling untuk
dijadikan alat pengukur. Banyak sumber yang diperolehi pada masa kini tentang
asas-asas ukuran.
Bukti tentang adanya aktiviti matematik pada
masyarakat zaman dahulu ternyata ada kerana terdapat lukisan gambar-gambar di
dinding .Masyarakat zaman itu memang sudah menyedari kepentingan ukuran panjang
di dalam kehidupan seharian.Sebelum 6000 B.C semua orang mempunyai tersendiri
untuk mengukur.Ukuran piawai pada waktu itu belum lagi wujud. Pada masa kini
pula murid perlu mengetahui ukuran panjang untuk membalut buku, menggariskan
buku latihan ataupun mengukur ketinggian badan mereka. Mereka juga perlu
mengetahui pengukuran panjang dan lebar semasa membeli baju dari ‘e-shopping’.
Pada
zaman dahulu ,system timbangan berat menggunakan anggota badan seperti
jengkal,hasta dan sebagainya.Kajian-kajian dalam bidang sains telah wujud satu
ukuran piawai yang digunakan selaras.Maka Sistem Metrik yang menggunakan asas
10 atau sistem decimal terbentukdan digunakan.
Masyarakat zaman dahulu menggunakan sukatan kati,tahil,cupak dan
gantang.Selepas itu tercipta untuk menimbang berat seperti penimbang dan penimbang elektronik.Murid
pemulihan perlu mengetahui pengukuran timbang berat supaya menjaga kesihatan
mereka. Pengukuran membantu murid untuk menjaga kesimbangan makanan mereka.
Bagi unit isipadu cecair,masyarakat
zaman tradisional adalah mengikut nama-nama bekas standard.Antaranya mereka
menggunakan tong,hongsheads atau bekas lain unit wain yang berebeza . Pada masa
kini, murid perlu mengetahui ukuran isi padu untuk pengambilan ukuran minuman
air sehari dalam kehidupan. Seterusnya, mereka juga perlu ukuran dalam mencipta
bahan kimia dalam bidang sains.
Akhir
sekali, Pengukuran juga membantu murid menjadi pemandu yang cekap da bagus pada
masa hadapan. Murid akan mengetahui jarak sesuatu tempat dari sekitar perumahan
mereka dalam bentuk kilometer. Mereka perlu mengetahuinya melalui meter yang
terdapat dalam kereta mereka. Ini juga membantu mereka pergi ke sesuatu tempat
pada masa yang dijangka. Bukan setakat itu sahaja, murid boleh menjimat cermat
bil air di rumah mereka melalui membaca meter di depan rumah.
0 comments: