Pepatah Arab ada menyatakan bahawa masa itu
ibarat mata pedang jika kita tidak memotongnya dia akan memotong kita.
Bayangkanah betapa pentingnya masa. Masa yang diberi dalam sehari ialah 24 jam
tidak lebih dan tidak kurang terpulang kepada individu untuk menggunakannya
dengan bijak. Pengurusan masa seharian amat penting dalam kehidupan kita. Masa
untuk makan, berehat, beriadah, sembayangdan lain-lain haruslah disusun secara
teratur agar masa dapat diuruskan dengan bijak dan efektif. Dalam kehiupan sehari-hari
kita sebenarnya tidak boleh lari dengan jadual masa yang kita telah tetapkan
sehari-hari.Tanpa sedar sebenarnya setiap hari kita menggunakan matematik dalam
kehidupan kita.
“ Demi masa sesungguhnya manusia kerugian
melainkan yang beriman dan beramal soleh. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelu miskin. Lapang sebelum sempit
dan hidup sebelum mati.”
Petikan lagu Demi Masa nyanyian kumpulan
Raihan tersebut menunjukkan bahawa kita hendaklah menguruskan masa dengan
sebaik-baiknya agar kita tidak terlewat dan menyesal di kemudian hari. Dari
segi ini, matematik mejadi asset asas untuk pengurusan masa dalam kehidupan
seharian manusia. Sebagai contoh murid menangguhkan kerja semasa berada dalam
keadaan lapang dengan percaya bahawa esok masih ada tiba-tiba kita diberi
tambahan kerja yang tidak dijangka. Sudah pasti murid akan berasa terbeban
ditambah pula denga kerja tersebut perlu dihantar pada hari yang sama. Masa
memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan murid dari segi JERIS terutamanya
iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Masa itu emas. Jika dibandingkan dengan
jambatan emas Puteri Gunung Ledang sekalipun masa yang berlalu tetap tidak akan
dapat diputarkan lagi. Masa bukan ibarat roda yang boleh diputarkan kehadapan
dan kebelakang. Pengurusan masa yang efektif dapat mempengaruhi intelektual
individu murid masing-masing.Sebagai contoh menjalankan pengurusan masa untuk
membaca buku , mengulangkaji pelajaran, membuat kerja rumah dan pergi ke sekolah
adalah sebahagian daripada aktiviti intelektual. Pengurusan masa yang berkesan
dapat melahirkan individu yang cemerlang bukan sahaja didunia malahan diakhirat
juga. Jika masa tidak diuruskan dengan bijak kita tidak akan dapat meningkatkan
prestasi diri dalam bidang akademi. Diri tidak akan dapat dimajukan masyarakat
akan menjadi dungu manakala negara pula akan menjadi porak-peranda tiada
kesepakatan kerana dijajah oleh kuasa luar. Pengurusan masa boleh dikaitkan
dengan teori pelaziman klasik yang direka oleh Ivon Pavlov.
Masa juga boleh dikaitkan
dengan asperk jasmani. Dalam aspek jasmani pula masa dapat dikaitkan dengan
masa untuk makan, bersukan dan sebagainya. Ianya amat penting kerana jasmani
berkait rapat dengan tubuh badan murid. Kesihatan tubuh badan amat penting bagi
setip individu. Badan yang sihat akan menghasilkan otak yang cerdas. Melalui
senaman misalnya kita akan dapat meningkatkan tahap kecergasan badan dan
menjadikan jantung kita lebih sihat. Selain itu,masalah obesity iaitu berat
badan berlebihan dapat ditangani dengan melakukan senaman. Makan secara sihat
juga perlu diamalkan. Oleh sebab itulah adanya hadis yang menyatakan bahawa
makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang. Sudah jelas didalam hadis ada
menyatakan bahawa kita perlu mengawal pemakanan kita agar kita sentiasa berada
dalam keadaan yang sihat. Selain itu, umat Islam juga perlu berpuasa pada bulan
Ramadhan. Hal ini kerana kita peru merehatkan perut daripada makan terus
menerus. Tidur yang banyak juga boleh menjejaskan aspek jasmanai. Kita tidak
menjadi cergas dan sentiasa berada dalam keadaan yang tidak bersedia. Oleh itu,
pengurusan masa juga amat penting dalam aspek pengurusan jasmani.
Pengurusan masa dalam kehidupan sosial juga
amat penting.Sebagai contoh sekiranya pada masa depan murid menjadi sebagai
ahli perniagaan tidak menepati masa yang telah ditetapkan dengan pelanggan
kemungkinan mereka akan kehilangan projek yang bernilai jutaan ringgit.
Bayangkan masa boleh menyebabkan seseorang itu rugi. Kehidupan sosial murid haruslah
dititik beratkan terutamanya ketika berhadapan masyarakat. Apa salahnya jika murid
pemulihan meluangkan sedikit masa untuk
berbual-bual dengan jiran tetangga dan mengambil tahu apa yang perlu. Hal ini
kerana jika kita mempunyai sikap prihatin terhadap jiran tetangga dan
rakan-rakan apabila kita berada didalam kesusahan ada yang akan membantu
barulah amalan tolong menolong bagai aur dengan tebing dapat dijadikan tabiat
masyarakat Malaysia. Tidaklah kita menjadi seperti kera sumbang tidak bergaul
dengan orang lain serta mementingkan diri sendiri. Mana tahu suatu hari nanti
apabila ketika kita memerlukan bantuan tiada siapa yang sudi menghulurkan kesan
daripada sikap kita yang mementingkan diri.
Emosi yang sihat dapat menjadikan seseorang
itu produktif.Pengurusan masa yang teratur dapat menjadikan seseorang murid tidak tededah kepada tekanan. Jika seseorang
itu menghadapi tekanan dia tidak akan dapat melakukan kerja dengan baik dan
hasilnya kurang memberangsangkan. Sebagai contoh seorang pelajar tidak mahu
pergi ke kolej dan berasa tertekan kerana dia tidak menyiapkan kerja yang
diberikan oleh pensyarahnya. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar tersebut kurang
bijak dalam hal menguruskan masa. Kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang
diberikankerna sesetengah individu suka membuat kerja bertangguh. Ada
peribahasa yang menyatakan kerja bertangguh tidak akan menjadi. Tidak pergi ke
kelas sehari bukan sahaja menyebabkan seseorang pelajar tertinggal apa yang
dipelajari walaupun nota boleh disalin tetapi percakapan pensyarah didalam
kelas tidak dapat diputarkan kembali. Hal ini kerana fakta-fakta penting
selalunya keluar daripada mulut pensyrah ketika di dalam kelas.
Intihanya,Matematik dari segi subjek masa
amat dihargai dalam kehdupan setiap insan di dunai ini. Kita hendaklah bijak
membahagikan masa dan menggunakannya dengan sebaiknya. Hal ini kerana masa yang
telah berlalu tidak dapat dikembalikan semula walaupun kita bergolok bergadai
sekalipun. Setiap individu hendaklah tahu bahawa mereka mempunyai jadual masa
tanpa mereka sedari. Masa boleh merubah seseorang individu menjadi lebih baik
mahupun sebaliknya. Hargailah masa yang ada dan gunakanlah dengan sebaiknya
agar kita tidak menyesal kelak.
No comments:
Post a Comment