Informasi

Sunday, September 22, 2013

Wang



 Kebanyakkan orang kini mempunyai kontrevasi bahawa wang adalah bahan yang akan menjadikan seorang yang baik kepada penjahat. Pada pendapat saya segalah keinginan yang mempunyai tahap kesedarhanaan  tidak akan menjadi bahaya dalam kehidupan kita seperti peribahasa  “api bila kecil menjadi kawan tetapi bila besar menjadi lawan”.  Wang bukan segalanya dalam kehidupan kita namun segalanya dalam kehidupan kita memerlukan wang. Wang adalah aset yang terutama dalam perniagaan. Pada zaman kini manusia tidak boleh beli apa-apa jua benda pun selain daripada wang. Murid pemulihan harus mengetahui nilai wang supaya tidak terpedaya jikalau peniaga menipu mereka.Murid akan mengatahui budget membeli belah mereka dengan menguruskan wang dengan terperinci.





 Memang tidak dapat dinafikan bahawa amalan menabung amat penting dalam kehidupan manusia. Matematik membantu murid pemulihan untuk  menabung duit merek.  Amalan baik ini haruslah dididik oleh ibu bapa sejak kecil. Terdapat banyak cara untuk memupuk amalan menabung dalam kalangan muri-murid. Kebanyakkan Ibu bapa kini membuka akaun di bank atas nama anak-anak untuk menggalakkan mereka menabung. Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia  melancarkan program menggalakkan pelajar menabung sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Antaranya, Program Wang Simpanan Saku yang telah dilaksankan di peringkat sekolah. Kelab Kewangan Sekolah akan mengurus wang simpanan saku tersebut. Oleh itu, bukan sahaja amalan menabung boleh dikatakan membawa faedah yang banyak kepada murid tetapi wang juga akan menjadi asset utama dalam kehidupan mereka.
  Secara tidak langsug  amalan menabung akan menyemai tabiat berjimat cermat, terutamanya dalam kalangan murid. Dengan adanya amalan ini, mereka tidak akan boros dalam perbelanjaan seharian seperti makanan, hiburan dan sebagainya. kita akan menggunakan wang dengan cermat dan memastikan kita tidak terlebih guna wang yana ada pada kita. Misalnya, seseorang yang berjimat cermat sudah tentu menggunakan separuh daripada wang perbelanjaan yang tidak dibelanjakan untuk ditabung  sama ada di dalam bekas tabung atau disimpan di bank. Penyimpan bank juga akan memperoleh dividen hasil daripada simpanan, bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jadi, amalan menabung berupaya memupuk kita lebih berjimat cermat untuk bila-bila masa.Melalui perkara ini mengutamakan matematik dalam kehidupan seharian kita.





Wang juga membantu murid untuk mengetahui ekonomi negara kita. Ekonomi adalah tentang hal-hal yang berkaitan dengan sumber pendapatan, wang, harta, pelaburan dan perbelanjaan kepada individu atau dalam institusi kekeluargaan. Murid kini mesti mengetahui perkara-perkara ini supaya mereka memahami kenaikkan harga di Malaysia ini. Misalnya, mereka perlu mengetahui kenaikkan harga makanan di kantin atau koperasi pada setiap masa. Ini akan membantu mereka tidak terpinga semasa kecemasan seperti membeli ubat untuk ibu bapa. Perkara ini juga membantu kanak-kanak untuk menjimat cermat dalam perbelanjaan serta tidak menyusahkan ibu bapa mereka.
 Pengetahuan tentang wang membantu murid mengetahui tentang ekonomi rumah tangga. Murid boleh membantu ibu bapa mereka membayar bil elektrik, air dan astro. Mereka boleh membayar pos sebelahan di persekitaran rumah mereka tanpa bantuan ibu bapa. Murid akan mengetahui amalan jimat cermat elektrik dan air secara tidak langsung. Secara tidak langsung, akitiviti ini membantu mereka berkomunikasi di kalangan masyarakat dengan yakin dan berani.






 Pendidikan matematik membantu murid mengenali nilai penukaran wang secara globlasisasi. Kebanyakkan murid kini mempunyai hobi yang menarik pada masa kini. Salah satu daripada hobi tersebut adalah  mengumpul wang jenis berlainan. Bukan setakat itu sahaja, pengetahuan nilai wang membantu mereka belanja di negara jiran seperti Singapura, Indoniasia dan Thailand semasa pelancongan. Kadangkala, mereka juga boleh membantu ibu bapa mereka untuk meperbezakan nilai wang tanpa bantuan teknologi seperti internet, telefon bimbit dan lain-lain.













  

No comments:

Post a Comment